Aspirasi Pendidikan Dan Hala Tuju Pendidikan Di Malaysia

    

    Aspirasi Pendidikan Dan Hala Tuju Pendidikan Di Malaysia


Apakah yang dimaksudkan dengan aspirasi ???

Merupakan keinginan dan kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu. Aspirasi sistem pendidikan pula merujuk kepada hasrat yang ingin dicapai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan untuk melonjakkan pencapaian murid.


Aspirasi dan hala tuju pendidikan berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu:- 

• akses

•kualiti

• ekuiti

•perpaduan

•kecekapan


     1. AKSES

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.

     2. KUALITI

Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa.

      3. EKUITI

Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi.

        4. PERPADUAN

Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan.

         5. KECEKAPAN

Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem.


Berikut adalah aspirasi-aspirasi murid yang berkaitan dengan alat bantu mengajar:-






Comments

Popular posts from this blog

RUKUN WUDHU

ALAT BANTU MENGAJAR