RUKUN WUDHU
Pengenalan Wudhu
Wuduk ialah membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air mutlak. Berwuduk juga ialah satu perbuatan yang terpuji kerana kita dapat bersedia untuk menunaikan ibadah sama ada ibadah fardhu atau sunat.
Jika salah satu daripada rukun wudhu tidak dilaksanakan, maka wudhu menjadi batal dan tidak dianggap sah menurut pandangan syara'.
Rukun Wudhu
Rukun wudhu terbahagi kepada 6 perkara. Antaranya ialah :-
- Niat (ketika membasuh muka)
Niat yang wajib ialah niat yang dibaca dalam hati ketika membasuh muka. Sedangkan niat yang hukumnya sunat iaitu yang dilafazkan sebelum mula berwudhu. Niat wudhu ialah :-
نَوَيْتُ الْوُضُوْءَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ الْاَصْغَرِ للَِّهِ تَعَالَى
(Sahaja aku berwudhu untuk mengangkat hadas kecil kerana Allah ta’ala)
- Membasuh Muka
Seluruh muka itu sempadannya ialah dari segi memanjang bermula daripada tempat tumbuh rambut (bahagian atas) hingga bahagian paling bawah dagu dan dari segi lebarnya bermula daripada telinga hingga ke telinga. Maka adalah wajib membasuh kesemua yang ada pada muka iaitu bulu kening, misai, janggut kerana semua itu adalah sebahagian daripada muka.
- Membasuh Kedua-Dua Tangan Hingga Ke Siku
Membasuh kedua-dua tangan dimulai dari tangan kanan terlebih dahulu. Kemudian, basuh tangan kanan dari hujung jari sampai ke siku, lalu ulang perbuatan yang sama untuk tangan kiri. Hal ini kerana, siku termasuk di antara anggota yang mesti dibasuh sepertimana yang telah yang dijelaskan dalam potongan ayat pada QS. Al-Maidah ayat 6 yang bermaksud :-
"Apabila kamu hendak melaksanakan salat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku."
Oleh itu adalah wajib meratakan basuhan ke semua bulu dan juga kulit.
- Menyapu Sebahagian Daripada Kepala
Menyapu sebahagian daripada kepala itu memadai dengan sehelai rambut yang berada di kepala. Ubun-ubun kepala adalah bahagian depan kepala dan memadai jika hanya menyapu ubun-ubun di kepala.
- Membasuh Dua Kaki Hingga Dua Buku lali
Sepertimana yang kita ketahui, buku lali adalah termasuk dalam anggota yang mesti dibasuh. Oleh itu adalah wajib dibasuh kedua-dua kai dan tidak boleh tertinggal sedikit pun walaupun satu tempat di kuku atau di bawah kuku sebagaimana kedua-dua tangan.
- Tertib
Tertib ialah membersihkan anggota-anggota wudhu dengan cara berurutan, satu demi satu, sesuai dengan urutan yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Comments
Post a Comment